Ragam anak2ku


0 kali dikomen:

Baru tukar kulit

Cadang2 nak tukar bumbung saga jer.. Tapi sekali tukar cat seluruh...
Warna ikut jejak langkah exo

0 kali dikomen:

asma @ semput


ASMA
copy & paste dari http://www.oocities.org/fchuey/asma.htm
Asma adalah sejenis penyakit saluran respiratori. Sesetengah pakar membahagikan asma kepada dua kumpulan iaitu ekstrinsik dan intrinsik. Majoriti daripada pesakit mengalami asma ekstrinsik. Asma jenis ini biasanya berlaku dalam keluarga dan selalu disebabkan oleh keadaan alergi seperti ekzema dan demam "hay" yang berlaku pada awal zaman kanak-kanak. Simptomnya boleh dihasilkan daripada pelbagai jenis rangsangan seperti resah, tekanan fizikal, jangkitan, pencemaran persekitaran, debunga, debu dan bulu haiwan. Alergi terhadap makanan juga boleh menyebabkan serangan yang lebih teruk, terutama pada kanak-kabnak yang mengalami ekzema. Asma intrinsik berlaku pada zaman dewasa. Faktor eksternal tidak menyebabkan kejadian asma, tetapi ia akan merangsangnya.
    Serangan asma boleh berlanjutan hingga beberapa minit atau hari, akan menyebabkan kesukaran bernafas, "wheezing" dan batuk bersama-sama dengan rasa tegang di bahagian dada akibat pembengkakan saluran bronkial yang inflamasi.
"Perangsang Berpotensi"
Alergi adalah keadaan yang terindividulisasi, jadi adalah tidak mungkin menyenaraikan makanan yang 'baik' dan 'buruk'. Kepada sesiapa yang mengesyaki sesuatu makanan itu adalah pengindus asma patut menyimpan satu diari makanan dan meminta bantuan pakar kesihatan.
    Makanan yang biasa merangsang kejadian asma dalam individu yang sensitif termasuklah susu lembu, gandum dan bijirin, yis dan makanan yang mengandungi fungus seperti "blue cheeses." Kacang terutamanya kacang tanah menghasilkan reaksi yang paling cepat dan berbahaya.
    Sesetengah penambah makanan menjadi perangsang berpotensi dalam sesetengah orang. Di Amerika Syarikat, "sulphites" pernah digunakan sebagai pengawet dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, dan ia telah diimplikasikan sebagai penyebab kepada kematian segelintir pesakit asma. Justeru itu, penggunaannya dalam buah-buahan dan sayur-sayuran telah diharamkan di Amerika  pada 1986.
    "Sulphite" digunakan dalam tuak epal, bir dan wain. Produk-produk ini memberikan risiko kepada pesakit asma jika mereka terhidu minyak wangi daripada wain  tersebut. Ini mungkin disebabkan penghasilan histamin hasil daripada aktiviti bakteria dalam wain yang menyebabkan reaksi asma serta-merta terhadap orang yang sensitif.
    Pengawet asid benzoik, yang hadir dalam produk minuman ringan, jem rendah kalori, gula getah dan telur ikan boleh mengindus serangan asma. Perangsang lain yang berpotensi termasuklah penambah antioksidan, iaitu hidroksianisol terbutil (BHA) dan juga hidroksitoluena terbutil (BHT) yang banyak digunakan dalam lemak dan minyak, serta sesetengah bijirin sarapan.
    Bagi mereka yang sensitif, pewarna makanan seperti tartrazin dan kuinolin kuning berpotensi untuk merangsang asma.
Tip rawatan:
"Memperbanyakkan"
  *
makanan yang kaya dengan vitamin B  seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang
 
                  "*kekacang                                          *"
  *
sumber magnesium seperti benih sunflower dan fig kering
 
*"Fig"*
"Mengelakkan"
    makanan yang merangsang serangan (berdasarkan kesensitifan anda) seperti:
  *
makanan yang mengandungi bahan penambah asid benzoik dan "sulphite"
  *
tuak epal, wain dan bir
  *
makanan yang mengandungi yis atau fungus seperti roti dan keju biru ("blue cheeses")
*"Keju"*
  *
makanan, minuman dan snek yang mengandungi pewarna
  *
susu lembu, bijirin, telur, ikan dan kacang tanah
"Makanan bermanfaat"
Makanan yang mengandungi vitamin B contohnya sayur-sayuran hijau dan kekacang dapat membantu pesakit yang mendapat asma akibat tekanan. Terdapat juga bukti yang menunjukkan bahawa pesakit asma mempunyai kecenderungan untuk kekurangan niasin dan vitamin B6 serta C.
    Antioksidan termasuk vitamin A yang boleh didapati daripada makanan seperti hati; karoten beta daripada buah-buahan dan sayur-sayuran hijau berwarna cerah seperti aprikot, lobak dan lada merah serta kuning; dan juga sayur-sayuran hijau seperti bayam; vitamin C daripada buah-buahan sitrus; vitamin E daripada kacang soya dan minyak zaitun, mampu menguatkan pertahanan paru-paru dengan menyingkirkan radikal bebas. Bahan-bahan  yang berpotensi  membahayakan ini adalah disebabkan daripada reaksi inflamasi asma terhadap pencemaran udara dan alergen.
    "Magnesium" yang terdapat dalam ikan, sayur-sayuran hijau, benih "sunflower" dan "fig" kering membantu mengendurkan laluan udara. Satu kajian yang dilakukan di Universiti  "Nottingham"  pada 1994 mencadangkan bahawa orang yang mengalami kekurangan magnesium cenderung untuk mendapat asma.
    Kajian kebelakangan ini mencadangkan bahawa ikan berminyak seperti "salmon", "mackerel", "herring", "sardin" dan kod mampu menolong melindungi kita daripada asma. Makanan ini amat kaya dengan asid lemak omega-3 yang didakwa mempunyai kesan antiinflamasi.
    Sebelum drug yang sesuai untuk asma dihasilkan, kopi digunakan untuk mengurangkan kesan serangan asma. Struktur kimia kafein mirip dengan teofilin dan ia membantu mendilatasikan laluan udara tiub bronkial dan membantu proses pernafasan. Semasa kecemasan, dua cawan kopi pekat boleh melegakan keadaan asma dalam masa 2 jam dan berlanjutan untuk 6 jam. Bagaimanapun, pengambilan teh, kopi dan minuman berkarbonat perlu dielakkan dalam pesakit yang turut mengambil teofilin sebagai rawatan asmanya kerana kombinasi mereka mungkin akan menyebabkan toksisiti. Pengambilan kafein juga dicegah jika serangan asma adalah disebabkan oleh keresahan.

0 kali dikomen:

zikir

I'm listening to: Alunan Istighfar dan Zikir Taubat


0 kali dikomen:

@A'Famosa Resort

Jln2




0 kali dikomen:

Baik-Baik Sayang - Wali Band

Baik-Baik Sayang - Wali Band

0 kali dikomen:

Hari Keluarga PPAS 2012






















- Posted using BlogPress from my iPod

Location:Gambang,Malaysia

0 kali dikomen:

ringankan tangan anda utk membantu

0 kali dikomen:

Lau Kana Bainana Al-Habib [Full song with lyric]



Andai Rasulullah bersama kita..apa akan kita lakukan?? nasyid ini cukup membuat air mata berlinang dengan ayat2 memuji Rasullulah yang menyentuh hati

0 kali dikomen: