Yang Sudah tu Sudahlah

YANG SUDAH TU ...SUDAHLAH....

Tanpa kita sedari media2 sosial yg ada hari ini berjaya meninggalkn kesan negatif dlm diri kita kian hari..

Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan..nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu..kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur..betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain..

Tapi kini, tanpa kita sedari..melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok gambar buku penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi..

"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk itu amalan yang mulia..
Yang sudah tu sudah...
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu..

Jadikan media sosial medan perkongsian ilmu..
Jadikan media sosial medan tazkirah..
Jadikan media sosial medan maklumat..
Jadikan media sosial medan yang boleh memajukan ummah..
Jadikan media sosial medan yang boleh memajukan agama, bangsa & negara tercinta..

Kerana bila kita meninggal nnti ilmu yg kita sampaikan itulah yg bermanfaat utk kite...bukan apa yg ada yg kita tunjuk2kan

Semoga usaha kita yang sedikit ini Allah pandang dan diberi ganjarannya..

0 kali dikomen:

Kisah tentang seseorang

【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang :

【ツ】 Pada suatu ari, dia telah berkata, ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻛﺒﺮ

【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi,

ﻻ ﺇﻟـﮧ ﺇﻻَّ ﺍﻟﻠـَّـﮧ ﻣُـכـﻤَّــﺪْ ﺭَﺳُــﻮﻝُ ﺍﻟﻠـَّـﮧ

【ツ】 Selepas itu dia berkata,

ﻻ ﺇِﻟﻪَ ﺇِﻻَّ ﺃَﻧْﺖَ ﺳُﺒْﺤﺎﻧَﻚَ ﺇِﻧّﻰ
ﻛُﻨْﺖُ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻈَّﺎﻟِﻤﻴﻦَ

【ツ】 Dia menambah sikit lagi,

ﺳُﺒْﺤﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑِﺤَﻤْﺪِﻩِ
ﺳُﺒْﺤَﺎﻥَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟْﻌَﻈِﻴْﻢِ

【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yg sangat besar dari ALLAH SWT 

【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

【ツ】 Orang itu adalah KAMU

【ツ】Alhamdulillah ツ . :)

0 kali dikomen:

Siapakah orang yang paling luar biasa imannya

Pada suatu ketika, Rasulullah bertanya kepada para sahabat, "siapakah yg paling luar biasa imannya?"

Para sahabat menjawab, "malaikat,ya Rasulullah."

Balas Rasulullah, "sudah tentulah malaikat luar biasa imannya, kerana mereka sentiasa di sisi Allah."

Seketika terdiam para sahabat, menjawab lagi, "para nabi,ya Rasulullah."

Rasulullah berkata, "para nabi sudah tentu hebat imannya, kerana mereka menerima wahyu daripada Allah."

Para sahabat mencuba lagi, "kalau begitu kamilah yang paling beriman."

Jawab Rasulullah, "aku berada di tengah tengah kalian, sudah tentulah kalian orang yang paling beriman."

Lalu, salah seorang sahabat berkata, "kalau begitu, Allah dan Rasul Nya sajalah yang mengetahui."

Maka dengan nada perlahan, Rasulullah berkata, "Mereka adalah umat yang hidup selepas aku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan isinya. Orang yang beriman denganku dan pernah bertemu denganku, adalah orang yang bahagia. Namun orang yang tujuh kali lebih bahagia adalah mereka yang tidak pernah bertemu aku tetapi beriman denganku."

Rasulullah diam seketika. Kemudian, beliau menyambung dengan suara yang lirih, "sesungguhnya, aku rindukan mereka..."

Selamat menyambut Rabiul Awal bulan kelahiran Rasulullah.

0 kali dikomen:

Cinta Rasul

Jangan hanya sekadar membuai hati untuk menanamkan rasa rindu kepada Rasulullah SAW dengan berselawat kamu semata-mata. Menelusurilah perjalanan dakwahnya, rasailah kepahitan natijah perjuangannya. Rasulullah SAW tidak diutuskan oleh Allah swt untuk kita berselawat kepadanya semata, tetapi juga sebagai Qudwah dalam seluruh kehidupannya.

Jangan hanya gembira dengan kelahirannya, kerana kelahirannya hanya seketika, tetapi perjuangannya sepanjang hayat. Jangan hanya bermanis wajah dan berair mata berselawat kepadanya, tetapi tidak sanggup untuk berkerut duka, bermandi peluh dan darah untuk menuruti dan berhadapan dengan Ibtila perjuangannya.

Janganlah berselawat kerana halobakan pujian kerana ingin dikatakan cinta kepadanya, tetapi menjauhkan diri daripada perjuangan untuk menegakkan Islam yang terpaksa menerima kejian dan fitnah, Rasulullah SAW tidak hanya dicintai orang yang beriman tetapi juga dibenci oleh musuh-musuh Allah SWT.

Jangan hanya beramal dengan amalan Rasulullah SAW yang menyebabkan kamu dihormati, tetapi beramallah juga dengan amalan Rasulullah SAW yang menyebabkan Rasulullah SAW diperangi oleh musuhnya. Jangan hanya bersunnah dengan natijah kegembiraan tetapi menjauhkan diri dari kedukaan mehnah perjuangan.

Jangan hanya berpakaian indah untuk berada dipentas-pentas selawat semata, tetapi jejakkanlah kaki mu di medan perjuangan yang pastinya menyebabkan tubuhmu meleket peluh, pakaianmu bersalut debu, kulit mu hitam terbakar dek kepanasan kerana itulah juga perjalanan Rasulullah SAW.

Janganlah rasa kamu hebat kerana indahnya suaramu berselawat, lalu kamu lupa untuk menyatakan kebenaran yang akan menyebabkan hilangnya penghormatan musuh Islam terhadapmu. Rasulullah SAW tidak hanya disantuni tetapi Rasulullah SAW juga disanggah.

Jangan hanya bersunnah dengan makanan yang lazat-lazat dari apa yang pernah dimakan oleh Rasulullah SAW, hingga kamu lupa berpuasa dan lupa bahawa Rasulullah SAW juga kelaparan ketiadaan makanan. Ingatlah ketika kamu pelahap memamah makanan yang dikatakan Sunnah lalu kamu lupa Sunnah untuk membantu orang-orang fakir dan miskin yang kekurangan makanan.

* Perbanyakkan selawat keatas Junjungan Rasulullah SAW.
* Beramallah dengan sunnahnya.
* Menelusurilah perjuangannya.

Jadilah Islam yang tulin, jangan jadi Islam yang tuli. Yang manis itu kudapan dan yang pahit itu ubatan. Semoga aku dan kamu semua mendapat Syafa'at daripadanya di Akhirat nanti.

0 kali dikomen: